Ainud Atrah Network.
 
free counters


Counter
Salam.
Welcome to my network.

This site is under construction.
Thank you for visiting

Bunga Kuning
Sign Guestbook
View Guestbook
Blog Login

(Enter the numbers shown in the above image)

25 Jun 2010


Hari Jumaat.

“Sesungguhnya Allah S.W.T. telah memuliakan hari jumaat dan hari jumaat mempunyai fadhilat atau kelebihan yang banyak antaranya seperti berikut:

Hari jumaat merupakan penghulu segala hari.
Ia mempunyai kemuliaan yang agung disisi Allah.
Pada hari jumaat jugalah penduduk syurga diberi keizinan untuk menziarahi Allah.
Pada hari jumaat akan berlaku kiamat.
Pada hari jumaat Allah menciptakan Nabi Adam a.s.
Pada hari jumaat terdapat saat ijabah iaitu saat diperkenankan doa secara mutlak, sedangkan saat ijabah itu disamarkan pada hari-hari lain.
Hari istimewa bagi hari-hari yang ada didalam seminggu.
Sebaik-baik hari yang matahari itu terbit padanya.
Allah S.W.T. akan membebaskan pada hari itu seramai 600,000 (enam ratus ribu) orang dari seksaan api neraka.
Sesiapa yang mati pada hari jumaat atau pada malamnya, Allah catat dia dengan memperolehi pahala seperti pahala orang yang mati syahid.
Sesiapa yang mati pada hari jumaat dan malamnya, terselamat dia dari seksa kubur.


Mencari lailatul-qadri..

Daripada Aisyah r.a., katanya:

"Rasulullah s.a.w. itu beri'tikaf dalam sepuluh hari yang terakhir dari bulan Ramadhan dan beliau s.a.w. bersabda: "Carilah lailatul-qadri itu dalam sepuluh yang terakhir dari bulan Ramadhan."

(Muttafaq 'alaih)


Daripada Aisyah r.a., bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda:


"Carilah lailatul-qadri itu dalam malam ganjil dari sepuluh hari terakhir dari bulan Ramadhan"


(Riwayat Bukhari)


Daripada Ibnu Umar r.a., bahawasanya beberapa orang lelaki dari para sahabat Nabi s.a.w. diberitahu dalam impian mengenai tibanya lailatul-qadri iaitu dalam tujuh yang terakhir (yang dimaksudkan ialah antara malam ke 22 sampai malam ke 28). Rasulullah s.a.w. lalu bersabda: "Saya melihat impian-impianmu semua itu sesuai iaitu pada tujuh yang terakhir. Maka barangsiapa hendak mencari lailatul-qadri itu, hendaklah mencari-nya pada tujuh yang terakhir itu juga."


(Muttafaq 'alaih)